ASSALAMUALAIKUM

Selasa, 11 Februari 2014

PUSAT RAWATAN USTAZ SHARHAN SHAFIE



CAWANGAN & KLINIK RAWATAN

1.       No. 55, Jln USJ 21/11, USJ 21, UEP Subang Jaya, Selangor.
                 Tel: 0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

2.       No. 19G, Jalan Bidara 10, SU 3, Bandar Saujana Utama, 47000, Sg. Buloh, Selangor.
Tel: 0129521252/0173223365/0107742272/01119440870/0134415043

3.       No. 4A, Jalan Cempaka 1, Taman Kristal,  Parit Raja, Batu Pahat, Johor. (Atas Kedai Buku Freedom)
Tel: 0197000366/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

4.       No. 3078, Jln Mahsuri, 1/J, Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim Kedah.
Tel: 0174004718/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

5.       Surau Taman Hj. Ahmad Jamil Fasa ii, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Tel: 0194111489/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

6.       Surau Ust. Mat, Depan Balairaya, Kg. Baharu Tepoh, Kuala Terengganu. Terengganu
Tel: 0139212155/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

7.       No. 8082, Jalan Ara Murni, Batu 23, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.
 Tel: 0179394355/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

8.       Masjid lama Kemasik, Terengganu.
Tel: 013 9322354/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

9.       Lot 2462, Kampung Kuala Ayer Merah, Jalan Bukit Bakar, Machang, Kelantan.
Tel: 0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

10.    Taman Indra Petra, Kampung Putih, Batu 2 Jalan Kuala Krai, Kota Bahru,  Kelantan. (Sebelah SUK)
 Tel: 0179615397/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

11.    Madrasah Darul Sakinah, No. 8/102, Kampung Bugis, Beserah 26100, Kuantan, Pahang.
Tel: 0148162679/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

12.    No. 2529, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak.
Tel; 0164444382/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

13.    No. 37A, Jalan Padi Ria, Taman Bandar Baru Uda, Johor Baharu (Berhampiran Masjid Jamek Bandar Baru Uda)
Tel: 019 7942585/0129521252/0173223365/0107742272/01119440870

Ahad, 20 Mei 2012

MENGENALI TUKANG SIHIR

Mengenali tukang sihir


  1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
  2. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
  3. Memberi azimat-azimat tertentu
  4. Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
  5. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
  6. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
  7. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masui sinar mentari
  8. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
  9.  Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap denganya
  10. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
  11. Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
  12. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau  pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

KAEDAH UNTUK MENGELAKKAN DARI DARIPADA GANGGUAN JIN


Kaedah untuk mengelakkan diri daripa gangguan jin
  1. Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi s.a.w
  2. Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan
  3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat gelap
  4. Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing
  5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan bacalah doa
  6. Jangan membuang air  merata-rata tempat terutama di lubang-lubang
  7. Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke dalam rumah

Selasa, 6 Mac 2012

SANTAU

Ayat benteng diri dari santau:

Surah Furqan ayat 23

CARA TUKANG SIHIR MENDEKATI SYAITAN

Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan ak Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.
Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.Ada pula yang menulis ayat al Quran  di telapak kaki atau menulis al- Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir  ayat dan berakhir keawalanya hingga rosak ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wuduk atau tepat dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut Allah SWT. pada waktu penyembelikan kemudian membalingkan sembelikan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan. Maka sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.

Dalil kewujudan sihir - (Surah al-Baqarah 102)

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang mua'lij


  • Hendahlah berakidah dengan akidah yang sohih
  • Penuh berkeyakinan bahawa Al- Quran adalh syifa' atau penawar yang paling mujarab mengubati penyakit 
  • Mesti mengetahui perkara yang diharamkan islam kerana perkara tersebutlah bakal menjadi sebab kepada serangan jin.
  • Hendaklah mendokong kalimah Allah dan menegakkan segala hukum-hukumnya. Sentiasa mengingati Allah dengan zikrullah dan amalan-amalan sunat seperti mathurat, hizib dan ratib
  • Dianjurkan para mua'lij berbaiah kepada mana-mana tarikat yang betul. Hendaklah membentengi diri dengan benteng yang kukuh melalui pelbagai cara seperti wirid-wirid khas, dan keikhlasan yang tiada tolok bandingnya
  • Mua'lij disarankan supaya segera berumahtangga kerana ini akan menajamkan ilmu perubatannya.

Isnin, 25 Julai 2011

HUKUM MEMINUM AIR DARI AYAT AL-QURAN

Pendapat ulama'-ulama' Syafi'e

Didalam kitab" Khazinatul Asrar' ada dinyatakan
"al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al-Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.

Pendapat al Imam Suyuti

Didalam kitab "al Itqan' Imam Suyuti menulis:
"Imam an Nawawi didalam kitab 'al Muhazzab' menyentuh tentang hukum menuliskan al- Quran pada papan tulis atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit, menurut kata Imam Hassan al Basari, Mujahid, Abu Qilaabah dan al Auzai'e tidaklah mengapa(dibolehkan). Akan tetapi an Nakhaie memakruhkan."

HUKUM BERJAMPI DENGAN AYAT AL-QURAN

Pendapat Imam as Syafie:Dikisahkan bahawa Ar Rabi" telah betanya kepada Imam as Syafie tentang hukum bejampi.As Syafie menjawab" Tidaklah mengpa bejampi dengan Kitab Allah SWT dengan sesuatu yang diketahui dengan zikullah"

Ahad, 24 Julai 2011

PENYEMBUHAN DENGAN MENGUNAKAN AL-QURAN

Al-Quran merupakan salah satu penyembuhan yang amat berkesan. Keberkesanannya amat mengkagumkan.
Dalil Al-Quran
Maksudnya 
Dan kami tuunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi oang-oang yang beriman.
(al isra':82)

Dalil Hadith
Mksudnya
Ubatilah ia dengan Kitab Allah(Al-Quran)